Sunday, May 22, 2011

Sekalung Tahniah Kepada Semua Pasukan Penyelamat

Sekalung tahniah kepada semua yang terkibat dalam menguruskan Tragedi tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa, Hulu Langat semalam dan hari ini. Ternyata Mekanisme Pengurusan Bencana kita telah mencapai tahap yang boleh dibangkan berdasarkan pengalaman-pengalaman kita yang lepas. Difahamkan kerja-kerja menyelamat dimulakan pada jam 2.45 petang selepas menerima laporan kejadian tersebut dan mangsa terakhir dijumpai pada jam 5.05 pagi. Pasukan penyelamat mengambil masa hanya 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa walaupun seramai 16 orang mangsa telah terkorban dalam tragedi tersebut. Kesemua mangsa telah dituntut oleh waris masing - masing untuk disemadikan selepas solat zuhur tadi. 7 jenazah telah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Desa Nanding Batu 14 Hulu Langat dan baki jenazah yang lain dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing oleh waris mereka. Al Fatihah Kepada semua yang terkorban. Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment