Wednesday, July 6, 2011

ERRRRMMMM

Agak lama tak update blog kesayangan ku ini, sampai tak tau apa yang nak diupdate. Kalau ada antara korang yang ada idea untuk di postkan dalam blog aku ni atau sebarang cadangan untuk penambahbaikan boleh la send ke email aku

Wednesday, June 1, 2011

IMPIAN

mungkin suatu hai nanti aku nak ternak flemish giant ni untuk dijadikan maskot CUTEBOYz RABBITRY apa pendapat viewer semua? bagi komen sikit

Tuesday, May 31, 2011

Pertumbuhan Anak Arnab

Ingat tak beberapa hari lepas dah dikongsikan video mengenai petumbuhan dan perkembangan anak arnab sejak lahir sehingga berumur 2 minggu. Okey hari ini nak kongsikan balik perkembangan tersebut dalam artikel ini dan diharap boleh la dijadikan panduan kepada korang semua. Semoga perkongsian ini boleh la dijadikan panduan bila arnab kita beranak nanti. So nanti tak ada la kita berasa kekok dan menggelabah waktu tu. Okey untuk pengetahuan semua, anak arnab yang baru lahir berada dalam keadaan bogel(tak ada bulu) buta dan pekak. Tapi jika warna bulunya nanti mempunyai kawasan bertompok, tompokan itu akan ketara kelihatan walaupun belum berbulu. Warna seluruh badan pula ketika itu adalah kemerahan. Bulu anak arnab akan mula tumbuh seawal hari ke 4 dan mata dan telinga pula mula befungsi pada hari ke 10. Tujuh hari berikutnya iaitu pada hari ke 17 anak-anak arnab mula keluar dari kotak sarang(nest box) dan dah mula belajar mencari makanan sendiri. Waktu ni sistem pencernaan anak arnab belum berfungsi dengan baik, jadi elakkan memberi makanan berserat tinggi. Pada waktu ini juga anak -anak arnab tadi mula bermain dengan berlari atau melompat dan adakalanya mula mengikut apa yang dilakukan oleh ibunya.Setelah umur arab mencapai 42 hari, anak - anak arnab boleh dipisahkan dari ibunya kerana susu ibu mula berkurangan. Adalah dinasihatkan supaya kelahiran anak-anak arnab ini direkodkan untuk dijadikan panduan kepada kita.Nanti senang kita nak tahu bila arnab tersebut mencapai kematangan dan boleh dikahwinkan untuk poses pembiakan. Rekod ini juga penting agar kita dapat mengetahui berapa kali ibu atau induk bunting dan beranak.

Tempoh Bunting Arnab

Adakah kita semua perasan bila arnab kita mula bunting. Ramai yang tak perasan. Ada pula yang kata tengok-tengok arnab dah pun beranak. Secara amnya arnab akan bunting selama 28 hingga ke 31 hari. Kebiasaannya pada hari ke27 hingga ke 29 arnab akan menunjukkan tanda-tanda hampir beranak. Pada ketika inilah kotak sarang(nest box) pelu disediakan dan diletakkan dalam sangkar induk. Dalam kotk sarang inilah induk tersebut akan berlindung dan melahirkan anaknya. Kita boleh meletakkan rumput kering sebagai alas dalam kotak ini.Induk akan berasa gelisah dan mula mencabut bulu dibawah perutnya untuk dijadikan lapisan alas untuk anaknya. adalah amat penting untuk membiarkan induk bersendirian ketika waktu induk hampir melahirkan anak. Pada waktu ini induk tidak suka diganggu kecuali untuk membersihkan sangkar atau menukar kotak sarang. Makanan dan minuman yang secukupnya perlu disediakan pada waktu ini.

Hari ini dalam sejarah

Terkejut gak tetiba tengok si dina(anak snowball) terlentang dengan 2 kaki menghadap ke atas. Takut gal la mana tau tejadi sesuatu yang buruk pada dina. Lepastu aku tergelak. Rupanya si Dina merajuk dengan ibunya sbab bila dia nak menyusu, ibunya melarikan diri, lama gak aku perhatikan telatah si Dina ni. Dia memang nakal sikit dari yang lain. kalau dilepaskan di playground, dia la yang paling aktif. Kejap-kejap melompat, pastu berlari bila penat dia tidur. Diam tak diam harini dah masuk sebulan 2 hari umur semua anak snowball. Semua makin membesar dan membulat. Bulu semuanya tebal agaknya ikut gen ayah(fluffy) mereka kot. Semuanya comel dan aktif. Harapan aku agar semuanya membesar dengan sihat. Semuanya dah mula makan palet tapi susu ibu still tak tinggal. Dan sekarang snowball pun dah pandai menjaga anaknya tak macam memula lahir dulu. Menyusukan anak pun dia tak reti.

Monday, May 30, 2011

Penjagaan Arnab Bunting

Semasa dalam tempoh bunting arnab memerlukan penjagaan secara intensif. Inin adalah untuk memastikan kesihatan induk dan anak dalam kandungan terjaga.Proses penjagaan ini melibatkan bebrapa perkara iaitu pemakanan,kesihatan dan keselamatan. Dalam tempoh bunting aspek pemakanan aalah amat penting. Induk mestilah diberi pemakanan yang berkhasiat dan bernutrisi lengkap. Pemberian palet perlu ditingkatkan. Dalam tempoh ini induk memerlukan banyak bekalan protien,asid amino, vitamin dan mineral bagi memenuhi keperluan diri sendiri dan anak dalam kandungannya. Jumlah nutrisi yang diperlukan adalah seperti dibawah:
  1. Protien (16-20%)
  2. Lemak (3 - 5.5%)
  3. Serat Kasar (14 - 20%)
  4. Garam Mineral (4.5 - 6.5%)
Arnab juga boleh diberikan makanan hijau sepertu dedaun atau rumput dan lebihan kegunaan dapur seperti kobis,sawi dan kacang panjang, akan tetapi makanan hijau ini adalah sebagai makanan tambahan sahaja. Pemberian air minum secara beterusan juga adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi. Kekurangan air juga boleh menyebabkan induk memakan anaknya sendiri setelah anak dilahirkan. Sepanjang induk bunting, sangkar yang selamat dan selesa adalah diperlukan. Peredaran udara yang cukup juga diperlukan untuk mengelakkan induk mengalami sesak nafas. Suasana yang tidak tenang pula boleh menyebabkan induk mengalami tekanan sehingga belakunya keguguran pada kandungan. Kebersihan perrsekitaran sangkar juga memainkan peranan yang penting bagi memberi ketenangan dan keselesaan pada induk dan boleh mengelakkan dari jangkitan penyakit

Pembiakan Arnab

Arnab yang sesuai dikahwinkan adalah arnab yang telah mencapai tahap kematangannya. Tahap kepatangan arnab adalah mengikut baka dan saiz arnab tersebut. Kebiasaannya tahap kematangan dica[ai setelah arnab berumur 5 bulan keatas. Arnab yang diakhwinkan pada umur muda iaitu dibawah tahap kematangan mempunyai risiko sewaktu melahirkan anak samada anaknya akan menjadi cacat atau lemah. Selain itu juga arnab yang dikahwinkan pada usia muda mempunya risiko kegagalan untuk bunting.

Cara untuk mengahwinkan arnab adalah cukup mudah. Masukkan induk betina dalam sangkar pejantan dan jangan lakukan sebaliknya kerana arnab betina mempunyai sikap menguasai kawasannya (territorial behavior) dan akan menyerang pejantan tersebut atau mungkin berisiko membunuh penjantan. Jika setelah induk betina tadi dimasukkan dalam sangkar pejantan dan induk menolak atau menelak dari pejantan, ini bermakna induk belum bersedia untuk dikahwainkan. Sekiranya kedua-dua pejantan dan induk sudah bersedia, pejantan akan mencium mulut,hidung dan alat kelamin induk sambl mengelilingi induk tersebut. Setelah dirasakan sesuai induk pula akan mengangkat punggung,melipat ekornya ke atas dan akan berdiam sambil menunggu reaksi arnab pejantan. Seteusnya pejantan akan memanjat induk seketika dan akan menurunkan badannya seperti keadaan menggelungsur ke belakang atau terlentang sehingga proses tersebut selesai...............................


P/S: Untuk mengetahui bagaimana cara mengenalpasti arnab kita bunting atau tidak, sila baca di sisispan sebelah kiri anda