Umum mengetahui Rumput Israil atau Pokok Ara Sonsang adalah tumbuhan renek atau herbs yang banyak tumbuh meliar dikawasan kebun getah, kelapa sawit dan kawasan tanaman sayuran. Namanya sendiri telah menunjukkan sifatnya yang mudah tumbuh membesar dan merebak. tumbuhan ini juga kebiasaannya dianggap musuh kepada petani kerana tumbuhan ini akan memakan baja tanaman yang ditabur oleh petani. teknik memusnahkannya adalah dengan menggunakan racun sentuh. tapi tunggu!!! Tahukah anda rumput israel ini ada kegunaannya dalam bidang perubatan dan penternakan??
Dalam bidang perubatan, herba ini digunakan sebagai ubat sapuan untuk kekejangan otot dan minuman rebusan dan bahan untuk menghilangkan batuk jika dimakan bersama pinang. Ada juga negara-negara seperti afrika dan taiwan menjadikan tumbuhan ini sebagai sayuran.tetapi jenis dan rupa bentuk yang berbeza dari yang ada di Malaysia.
Bagi penternak pula tumbuhan ini dijadikan sebagai makanan sampingan kepada ternakan seperti lembu, kambing dan yang paling best sesuai sangat untuk diberi kepada arnab. Jadi lepasni kita boleh la kurangkan perbelanjaan untuk makanan arnab. Takperlu la hanya bergantung pada pemberian sayur hijau jerrr. Rumput Israel ni banyak juga terdapak di kawasan terbiar. Kita boleh petik aja. ataupun bagi mereka yang rajin boleh la menanam tumbuhan ini sendiri. dan yang bets juga ada antara kita yang menanam tumbuhan ini sebagai lanskap sampingan kerana keunikan warna bunganya yang berwarna putih, putih-ungu ataupun ungu. Best kan?? Tumbusan yang selama ini kita anggap sebagai musuh atau perosak sebenarnya juga ada keistimewaannya. Inilah kebesaran ciptaan Yang Maha Esa............Subhanallah.......
No comments:
Post a Comment