Monday, May 23, 2011

EFFECTIVE MICROORGANISME (EM) DAN PERANANNYA TERHADAP TERNAKAN

Dalam posts yang lepas aku ada critakan mengenai penggunaan Effective Microorganisme (EM) atau bakteria baik dalam peyediaan baja kompos dari najis arnab. Tahukah korang apa peranan EM ni dan apa pula kebaikannya kepara ternakan seperti arnab??
 
EM Adalah gabungan bakteria baik yang ada terdapat di sekeliling kita. Kebanyakan bakteria baik adalah terdiri daripada 3 gabungan bakteria iaitu asid laktik, bakteria phototropik & yeast. Kesemua mikroorganisma ini didapati daripada industri makanan dan alam persekitaran kita. 
 Teknologi EM telah dibangunankan di Okinawa, Jepun sejak tahun 1980 oleh Dr. Teruo Higa dan telah digunakan lebih 50 buah Negara di dunia. Telah terbukti memberikan hasil yang baik dalam bidang mencuci kebersihan, pengawalan bau, penjagaan haiwan ternakan serta penghasilan baja organik.

      Tidak perlu menggunakan
Ø        Racun Kimia
Ø        Baja Kimia
Ø        Antibiotik
Konsep EM
Penambahbaikan struktur tanah, rawatan pencemaran air, meningkatkan pertumbuhantanaman, meningkatkan pengeluaran ladang ternakan, rawatan sisa makanan & mencuci kekotoran sisa makanan.

  APLIKASI KEPADA PERTERNAKAN

1.     Mengurangkan bau busuk dalam kanddang ternakan dan kolah kumbahan
2.      Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya
3.      Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan
4.      Mengurangkan tekanan pada haiwan
5.      Meningkatkan ketahanan kepada penyakit
6.      Meningkatkan kualiti produk ternakan
7.      Memanjangkan hayat dipasaran
8.      Memperbaiki kesuburan
9.      EM apapbila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti
10.      Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotic dan penyahkuman dalam ladang ternakan
11.      Mengurangkan stress / tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar

1 comment:

  1. Baccarat - How to play baccarat with the dealer?
    When the two players play the game, septcasino the first dealer of the money dealt to the dealer to keep the kadangpintar game going, 바카라 which can mean the dealer

    ReplyDelete