Tuesday, May 31, 2011

Tempoh Bunting Arnab

Adakah kita semua perasan bila arnab kita mula bunting. Ramai yang tak perasan. Ada pula yang kata tengok-tengok arnab dah pun beranak. Secara amnya arnab akan bunting selama 28 hingga ke 31 hari. Kebiasaannya pada hari ke27 hingga ke 29 arnab akan menunjukkan tanda-tanda hampir beranak. Pada ketika inilah kotak sarang(nest box) pelu disediakan dan diletakkan dalam sangkar induk. Dalam kotk sarang inilah induk tersebut akan berlindung dan melahirkan anaknya. Kita boleh meletakkan rumput kering sebagai alas dalam kotak ini.Induk akan berasa gelisah dan mula mencabut bulu dibawah perutnya untuk dijadikan lapisan alas untuk anaknya. adalah amat penting untuk membiarkan induk bersendirian ketika waktu induk hampir melahirkan anak. Pada waktu ini induk tidak suka diganggu kecuali untuk membersihkan sangkar atau menukar kotak sarang. Makanan dan minuman yang secukupnya perlu disediakan pada waktu ini.

1 comment:

  1. bagaimana kalau arnab itu beranak tanpa nest box? boleh ke nest box kita tukar pada kotak (if xtaw yg arnab kita dah dak beranak?)

    ReplyDelete