Tuesday, May 31, 2011
Pertumbuhan Anak Arnab
Ingat tak beberapa hari lepas dah dikongsikan video mengenai petumbuhan dan perkembangan anak arnab sejak lahir sehingga berumur 2 minggu. Okey hari ini nak kongsikan balik perkembangan tersebut dalam artikel ini dan diharap boleh la dijadikan panduan kepada korang semua. Semoga perkongsian ini boleh la dijadikan panduan bila arnab kita beranak nanti. So nanti tak ada la kita berasa kekok dan menggelabah waktu tu. Okey untuk pengetahuan semua, anak arnab yang baru lahir berada dalam keadaan bogel(tak ada bulu) buta dan pekak. Tapi jika warna bulunya nanti mempunyai kawasan bertompok, tompokan itu akan ketara kelihatan walaupun belum berbulu. Warna seluruh badan pula ketika itu adalah kemerahan. Bulu anak arnab akan mula tumbuh seawal hari ke 4 dan mata dan telinga pula mula befungsi pada hari ke 10. Tujuh hari berikutnya iaitu pada hari ke 17 anak-anak arnab mula keluar dari kotak sarang(nest box) dan dah mula belajar mencari makanan sendiri. Waktu ni sistem pencernaan anak arnab belum berfungsi dengan baik, jadi elakkan memberi makanan berserat tinggi. Pada waktu ini juga anak -anak arnab tadi mula bermain dengan berlari atau melompat dan adakalanya mula mengikut apa yang dilakukan oleh ibunya.Setelah umur arab mencapai 42 hari, anak - anak arnab boleh dipisahkan dari ibunya kerana susu ibu mula berkurangan. Adalah dinasihatkan supaya kelahiran anak-anak arnab ini direkodkan untuk dijadikan panduan kepada kita.Nanti senang kita nak tahu bila arnab tersebut mencapai kematangan dan boleh dikahwinkan untuk poses pembiakan. Rekod ini juga penting agar kita dapat mengetahui berapa kali ibu atau induk bunting dan beranak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment