Wednesday, May 25, 2011

PEMAKANAN ARNAB

Pemakanan arnab bela jinak terdiri daripada rumput kering, lebih baik seperti makanan biji buatan komersil ataupun sekali-sekala dalam bentuk rumput gembur. Makanan biji yang sesuai terdiri daripada pelbagai jenis rumput dan herba. Berbeza pula dengan rumput potong yang kurang sesuai sebagai makanan arnab kerana ia mengandungi sedikit sekali spesies rumput dan tiada herba, apalagi arnab amat mudah terpengaruh oleh perubahan besar dalam pemakanan dan tidak bertindak balas dengan baik kepada pengenalan makanan baru secara tiba-tiba. Penternak arnab menyediakan pelbagai jenis rumput kering termasuk rumput Timothy, rumput dusun, oat dan alfalfa, sebagai tambahan kepada diet biasa arnab yang terdiri daripada biji serta meniru pemakanan semula jadi arnab sebagai haiwan pengumpul makanan. Kajian menunjukkan bahawa arnab bela jinak sangat boleh menyesuaikan diri dengan makanan ternak yang terdapat dalam negara membangun, namun sedikit masa diperlukan untuk menyempurnakan peralihan. Jika terlebih makan sayur hijau berdaun, arnab sering mengalami cirit-birit, manakala terlalu banyak biji atau buah-buahan bergula boleh mendatangkan bermacam-macam masalah kesihatan.
Sekotrop (juga dipanggil gentelan usus buntu) merupakan makanan separa tercena yang dikumuhkan lalu dimakan semula oleh arnab; proses ini dikenali sebagai refeksi atau sekotrofi, satu jenis koprofagia. Biasanya, arnab akan memakan sekotrop itu terus dari duburnya; inilah yang tidak dikenali oleh ramai orang mengenai pemakanan arnab. Sekotrop kaya dengan vitamin dan lebih tinggi dengan protein dan air berbanding gentelan tahi keras yang biasa serta membolehkan erapan semula serat yang tidak cukup tercerna ketika perkumuhan pertama. Sekali-sekala, arnab itu membiarkan gentelan-gentelan itu bertaburan dalam sangkarnay; kelakuan sebegini tidak bahaya dan biasanya berkenaan dengan bekalan makanan yang mencukupi. Jika gentelan usus buntunya sering kali lembap dan berair, ini mungkin menandakan bahawa pemakanan arnab itu kekurangan serat atau terlalu banyak kanji, jadi ia perlu disuap lebih banyak rumput kering.

No comments:

Post a Comment