Saturday, May 21, 2011
Penjimatan dirumah
Kebiasaannya sisa buangan arnab akan dibuang begitu sahaja oleh nereka yang tidak mengetahui kegunaannya. Akan tetapi sekiranya anda mempunyai tanaman seperti bunga-bungaan, sayuran atau pokok buah-buahan sisa buangan arnab ini boleh digunakan sebagai baja organik untuk tumbuhan anda. Ini boleh mengelakkan anda dari mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli baja kimia yang berada dipasaran. Penggunaan najis arnab sebagai baja kepada tumbuhan adalah lebih ekonomik dan lebih selamat kerana tiada kesan sampingan berlaku tidak seperti baja kimia yang boleh merosakkan tumbuhan jka penggunaanya berlebihan. Air kencing arnab juga boleh digunakan sebagai baja, akan tetapi perlu diingatkan bahawa bair kencing arnab ini mengandungi kadar ammonia yang tinggi, oleh itu penggunaannya perlulah disimpan untuk beberapa hari dan dicampurkan dengan air bersih untuk mengurangkan kadar ammonia. Bagi najisnya pula boleh lah ditaburkan pada tumbuhan. seeoloknyanajis tersebut dicampukan dengan EM ( Effective Microorganisme ) atau bakteria baik untuk dijadikan baja kompos. EM ini akan mempercapatkan pereputan najis tersebut dan akan menyah bau najis arnab jadi tak perlu la kita rasa geli ketika menaburkan baja ini nanti..... cuba la dulu baru tau betapa berkesannya baja najis arnab ini untuk tumbuhan anda.......yang penting save budjet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment