Wednesday, May 18, 2011

HUH SEDIH

Terkilan rasa hati mengenangkan nasib Lilo yang kehilangan mata sebelah kiri. Hari ini aku bawak lilo ke Hospital Veterinar Cheras untuk membuat pemeriksaan mata. Doktor mengesahkan bahawa Lilo dijangkiti Ulser dan matanya tak dapat diselamatkan. Walaupun cuma seekor arnab tapi kasih sayangku pada Lilo amat mendalam. Aku faham akan kesedihan dan penyiksaan yang dialamai oleh Lilo dalam menahan kesakitan yang dialaminya. Tumpuan akan aku berikan lebih pada Lilo untuk mengurangkan tekanannya. Perawatan terhadap Lilo dan arnab - arnab ku yang lain akan akan aku utamakan lagi demi menjaga kesihatan mereka agar semuanya gembira semasa berada dibawah jagaanku. Aku tahu tuhan sedanhg menguji kesabaran dan ketabahanku. Aku redha atas semua ujianmu Ya Allah. Kau berkatilah semua bidang yang aku ceburi agar aku berjaya kelak Amin

No comments:

Post a Comment