Sunday, May 29, 2011
Mengenal Jantina Arnab
Jantina arnab ni boleh dipastikan denga melakukan pemeriksaan pada organ reproduksinya. Kita boleh melakukan pemeriksaan pada arnab sejak umurnya 7 hari. Caranya senang je dengan memerhatikan bonjolan pada organ reproduksinya. Arnab jantan mempunya bonjolan yang panjang dan bulat dengan lekk bulat di tengah. arnab betina pula mempunyai bonjolan yang lebih pendek dan di bahagian tengah terdapat celahan (vulva) yang memanjang. untuk arnab yang berumur 2 bulan keatas adalah lebih mudah untuk menentukan jantinanya kerana bagi arnab jantan, pundi testis akan jelas kelihatan. Dengan mengenalpasti jantina arnab, maka mudah lah kerja kita untuk proses pembiakan nanti.
Saturday, May 28, 2011
KADAR PERTUMBUHAN ANAK ARNAB
Mungkin ada yang tidak pernah mengetahui kadar dan tempuh pertumbuhan dari baby arnab hingga umunya menjangkau 2 minggu. Kita saksikan video ini. So lepas ni boleh la kita biakkan arnab sendiri tuk merasai pengalaman membesarkan anak arnab
Wednesday, May 25, 2011
WOW!!!!!!!!!!!
KEISTIMEWAAN ARNAB INI KEPADA MERAKA
1. Mereka yang pembersih
- kalau lepaskan adrnab ni dalam rumah secara automatik dia akan menjadi penyapu atau mop rumah
2. Hair Stylist
- boleh dijadikan sebagai prototaip untuk gaya terkini dandanan rambut
3. Penggemar bantal empuk
- kalau nak dijadikan bantal tidur tu memang agak zalim la. tapi boleh juga diaplikasikan sebagai bantal peluk
tebal sungguh buli si english angora ni. kalu buleh ditemuramah nak aja saya yanya dia cmner dia menjaga bulunya. Shampoo perapi apa yang digunakan sunsilk ke pentene ke atau shampoo cap arnab

PEMAKANAN ARNAB
Pemakanan arnab bela jinak terdiri daripada rumput kering, lebih baik seperti makanan biji buatan komersil ataupun sekali-sekala dalam bentuk rumput gembur. Makanan biji yang sesuai terdiri daripada pelbagai jenis rumput dan herba. Berbeza pula dengan rumput potong yang kurang sesuai sebagai makanan arnab kerana ia mengandungi sedikit sekali spesies rumput dan tiada herba, apalagi arnab amat mudah terpengaruh oleh perubahan besar dalam pemakanan dan tidak bertindak balas dengan baik kepada pengenalan makanan baru secara tiba-tiba. Penternak arnab menyediakan pelbagai jenis rumput kering termasuk rumput Timothy, rumput dusun, oat dan alfalfa, sebagai tambahan kepada diet biasa arnab yang terdiri daripada biji serta meniru pemakanan semula jadi arnab sebagai haiwan pengumpul makanan. Kajian menunjukkan bahawa arnab bela jinak sangat boleh menyesuaikan diri dengan makanan ternak yang terdapat dalam negara membangun, namun sedikit masa diperlukan untuk menyempurnakan peralihan. Jika terlebih makan sayur hijau berdaun, arnab sering mengalami cirit-birit, manakala terlalu banyak biji atau buah-buahan bergula boleh mendatangkan bermacam-macam masalah kesihatan.
Sekotrop (juga dipanggil gentelan usus buntu) merupakan makanan separa tercena yang dikumuhkan lalu dimakan semula oleh arnab; proses ini dikenali sebagai refeksi atau sekotrofi, satu jenis koprofagia. Biasanya, arnab akan memakan sekotrop itu terus dari duburnya; inilah yang tidak dikenali oleh ramai orang mengenai pemakanan arnab. Sekotrop kaya dengan vitamin dan lebih tinggi dengan protein dan air berbanding gentelan tahi keras yang biasa serta membolehkan erapan semula serat yang tidak cukup tercerna ketika perkumuhan pertama. Sekali-sekala, arnab itu membiarkan gentelan-gentelan itu bertaburan dalam sangkarnay; kelakuan sebegini tidak bahaya dan biasanya berkenaan dengan bekalan makanan yang mencukupi. Jika gentelan usus buntunya sering kali lembap dan berair, ini mungkin menandakan bahawa pemakanan arnab itu kekurangan serat atau terlalu banyak kanji, jadi ia perlu disuap lebih banyak rumput kering.

Tuesday, May 24, 2011
BAJA KOMPOS
Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini.
Antara bahan-bahan membuat baja kompos
Antara bahan-bahan membuat baja kompos
- Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
- Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
- Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
- Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.
- Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
- Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
- Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
- kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)
Kaedah Membuatnya:
- Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering habuk kayu ke dalam acuan
- Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
- Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
- Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
- Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi
- Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
- Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Monday, May 23, 2011
EFFECTIVE MICROORGANISME (EM) DAN PERANANNYA TERHADAP TERNAKAN
Dalam posts yang lepas aku ada critakan mengenai penggunaan Effective Microorganisme (EM) atau bakteria baik dalam peyediaan baja kompos dari najis arnab. Tahukah korang apa peranan EM ni dan apa pula kebaikannya kepara ternakan seperti arnab??
EM Adalah gabungan bakteria baik yang ada terdapat di sekeliling kita. Kebanyakan bakteria baik adalah terdiri daripada 3 gabungan bakteria iaitu asid laktik, bakteria phototropik & yeast. Kesemua mikroorganisma ini didapati daripada industri makanan dan alam persekitaran kita.
Teknologi EM telah dibangunankan di Okinawa, Jepun sejak tahun 1980 oleh Dr. Teruo Higa dan telah digunakan lebih 50 buah Negara di dunia. Telah terbukti memberikan hasil yang baik dalam bidang mencuci kebersihan, pengawalan bau, penjagaan haiwan ternakan serta penghasilan baja organik.
Tidak perlu menggunakan
Ø Racun Kimia
Ø Baja Kimia
Ø Antibiotik
Konsep EM
Penambahbaikan struktur tanah, rawatan pencemaran air, meningkatkan pertumbuhantanaman, meningkatkan pengeluaran ladang ternakan, rawatan sisa makanan & mencuci kekotoran sisa makanan.
APLIKASI KEPADA PERTERNAKAN
1. Mengurangkan bau busuk dalam kanddang ternakan dan kolah kumbahan
2. Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya
3. Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan
4. Mengurangkan tekanan pada haiwan
5. Meningkatkan ketahanan kepada penyakit
6. Meningkatkan kualiti produk ternakan
7. Memanjangkan hayat dipasaran
8. Memperbaiki kesuburan
9. EM apapbila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti
10. Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotic dan penyahkuman dalam ladang ternakan
11. Mengurangkan stress / tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar
Spesies Arnab
Kita telah mengetahui baka-baka arnab dari seluruh dunia. Akan tetapi ramai diantara kita yang lansung tak tahu mengenai spesies-spesies arnab.
Antara spesies arnab yang terdapat di dunia ini adalah :-
1. Pika Amerika Utara atau nama Inggerisnya "North American Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona princep
2. Pika Bibir hitam atau nama Inggerisnya "Black-lipped Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona curzoniae
3. Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furness
4. Arnab Paya atau nama Inggerisnya "Swamp rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus aquaticus
5. Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
6. Arnab Pygmy atau nama Inggerisnya "Pygmy rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus idahoensis
7. Arnab Eropah atau nama Inggerisnya "European rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Orytolagus cuniculus
8. Arnab Gunung Berapi atau nama Inggerisnya "Volcano rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Romerolagus diazi
9. Arnab Perang atau nama Inggerisnya "Brown rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus europaeus
10. Arnab Artik atau nama Inggerisnya "Arctic hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus arcticus
11. Arnab Gunung atau nama Inggerisnya "Mountain hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus timidus
12. Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus

Subscribe to:
Posts (Atom)